Monday 2 September 2013

ANTARA BEBAN DAN TANGGUNGJAWAB

kadang-kadang konflik keluarga memberi impak besar pada setiap individu.... macam aku!


       

Bukan berniat untuk bersungut mahupun untuk menyalahkan mana-mana pihak dalam case ni. i just wanna share my experince in general ok!
        Mungkin semua remaja pada tahap umur seperti aku ketika ini ada juga yang mengalami benda yang sama terutama sekali lelaki. Ya lelaki seperti di dalam Al-Quran pun ada menyatakan bahawa lelaki mempunya tanggungjawab yang lebih terhadap keluarga. Tetapi ada di antara kita yang menganggap ia sebagai beban, lebih-lebih lagi kalau kita merupakan satu-satunya harapan keluarga macam aku!. Yaa apa yang boleh aku storykan dekat sini mostly semua bende pasal family aku kene handle. Selagi aku mampu aku handle lah memandangkan aku masih student. Tapi bagi aku the conflict will be arise when timbul rasa ketidak adilan di kalangan adik beradik. The big question is WHY ME? haha
 
          Kadang-kadang kita akan rasa stress ibarat di telan mati mak di luah mati bapak. Kenapa aku guna perumpamaan ni sebab ibarat kalau kita tak ambil tanggungjawab tu kita akan di hantui rasa bersalah dan kalau kita ambil effect kat diri kita dari segi masa,tenaga dan mungkin kewangan. Bila aku sendirian dalam termangu aku akan berfikir bahawa semua ni beban bagi aku sedangkan aku ada adik beradik lain. Tapi family aku pilih aku, katanya berurusan dengan aku adalah lebih mudah. Oleh itu aku tersepit dengan konlik diri aku sendiri iaitu ANTARA BEBAN DAN TANGGUNGJAWAB. 
          Yaa aku tak nafikan bermacam-macam perasaan timbul tentang adik beradik yang lain. Tapi i try to be positive dan berbalik pada Ajaran agama kita yang satu Islam. Mungkin semua ini sudah ketentuan kita. Besar pahala yang kita dapat dengan apa yang kita lakukan pada family dan setiap pengorbanan. Sentiasa berfikir bahawa setiap penat lelah kita untuk family perlu dilakukan dengan ikhlas dan sudah pasti akan dapat ganjaran di masa hadapan dari Allah s.w.t sama ada di dunia mahu pun di akhirat kelak.
          Apa yang aku harapkan aku boleh terus berkhidmat untuk family bila dah bekerja nanti dan aku mengharapkan kedua ibu bapa aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk aku. Semoga tiada pula konflik di antara TANGGUNGJAWAB DENGAN CINTA hahaha. Almaklumlah umur semakin meningkat dan kita akan masuk ke satu stage di mana kehadiran cinta dalam hidup kita. Adakah cinta boleh di katogorikan sebagai bebanan hidup? hurmmm fikir-fikirkan 
           


Sunday 1 September 2013

PUISI BUAT SANG KEKASIH

Puisi pertama aku coretkan untuk sang kekasih ku yang jauh dimata buat pengubat rindu....sesunggunya ilham ku sampai saat aku merasa rindu....19/7/2013 jam: 3.15am

Mungkin cinta ini hanya untuk mu,
Tulus dari dalam hatiku,
Mungkin cinta ini telah memilih mu,
Ikhlas tak terbatas waktu,

Kutulis cinta ini di langit,
Untuk di baca syurga dan bumi,
Semoga kau kan mengerti,
Cinta ini suci tak terbagi.

Hanya kau yang ada dihatiku,
Mengalir dalam darah di nadiku,
Merangkai mimpi di tidurku,
Menjadi ratu di istana Cintaku

Kaukan selalu Di hati ku,
Menjadi peneman Hidup ku,
Hingga batas akhir hidup ku....

Pagi yang dingin...
Berteman sinar laptop ditepi,
Rindu yang kine menjelma menjadi sepi,
Muai merasuki hati,

Termangu aku dikala sunyi,
Berteman bayang-bayang ku sendiri,
Hari demi hari tersa hampa,
Tanpa ada kau di depan mata.

Bilakah semua ini akan menjelma?

Rindu tersemat di dalam dada,
Cuba menjadi sebuah bahagia,

Langkah kaki ku tak lagi menentu,
Mencari arah tentang dirimu,
Ditengah mentari yang bakal menjelma syahdu,
Ku ciptakan syair puisi Rindu,
Dan itu khas untuk mu.....